ISKANDAR PUTERI – UEM Sunrise Berhad memperkukuh pembangunan Iskandar Puteri sebagai hab pertumbuhan di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menerusi pembangunan perindustrian, komersial dan kediaman secara bersepadu.
Pendekatan tersebut bertujuan memastikan pertumbuhan JS-SEZ bukan sekadar menarik pelaburan, malah menyediakan ekosistem lengkap untuk menyokong keperluan perniagaan, tenaga kerja dan komuniti.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Shaharul Farez Hassan berkata, pembangunan ekonomi perlu bergerak seiring dengan pembangunan bandar bagi memastikan pertumbuhan yang mampan.
“Pertumbuhan ekonomi yang mampan memerlukan persekitaran bandar yang mampu menyokong kehidupan, komuniti dan bakat yang akan menjadi sebahagian daripada pertumbuhan. Justeru, pembangunan ekonomi dan pembangunan bandar perlu bergerak seiring,” katanya dalam satu kenyataan.
Antara projek utama UEM Sunrise di Iskandar Puteri ialah Gerbang Nusajaya seluas 4,471 ekar, yang dirancang sebagai bandar bersepadu bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan perindustrian di kawasan berkenaan.
Perancangan Gerbang Nusajaya turut merangkumi kawasan eko-perindustrian berteraskan digital bagi menyokong industri teknologi, inovasi dan tenaga boleh baharu, melengkapkan pembangunan seperti Southern Industrial and Logistics Clusters (SiLC) dan Nusajaya Tech Park.
SIREH ParkPada masa sama, UEM Sunrise menyediakan pelbagai pilihan kediaman menerusi Aspira Hills, Aspira LakeHomes, Senadi Hills dan Estuari bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di Iskandar Puteri.
Ekosistem itu turut dilengkapi Puteri Harbour sebagai hab gaya hidup, pelancongan dan rekreasi serta SIREH Park seluas 343 ekar sebagai ruang hijau dan rekreasi komuniti.
Shaharul Farez berkata, usaha membangunkan bandar perlu turut memberi tumpuan kepada keupayaan menarik dan mengekalkan bakat di Johor.
“Yang penting, kita bukan sahaja perlu menarik bakat ke Johor, tetapi juga mewujudkan persekitaran yang memberi mereka sebab untuk tinggal dan membina kehidupan di sini,” katanya.
Tambah beliau, peranan UEM Sunrise adalah mempersiapkan Iskandar Puteri dengan pembangunan yang mampu menyokong pertumbuhan industri, pekerjaan dan komuniti dalam jangka panjang.
“Peranan kami adalah untuk mempersiapkan perbandaran ini bagi menyokong pertumbuhan tersebut melalui pembangunan perindustrian, komersial dan kediaman yang dirancang dengan baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
12

















![[KEMASKINI] Identiti mangsa dalam Bezza dihempap lori tangki masih belum diketahui](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LORI-TANGKI-KEBAKARAN.jpeg)

![[VIDEO] Lebih 15 kucing terbiar di rumah rakit Pulau Ketam](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/KUCING-KELONG-PULAU-KETAM.jpg)




























![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)