MELAKA – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bekerjasama dengan platform digital termasuk TikTok bagi memastikan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan usahawan dapat dimanfaatkan tanpa mengelirukan pengguna.
Naib Presiden Kanan, Hal Ehwal Korporat MDEC, Datuk Ts. Fadzli Abdul Wahit berkata, kerjasama bersama rakan strategik itu penting bagi memastikan penggunaan teknologi baharu dilakukan secara beretika serta mematuhi standard ditetapkan.
Beliau berkata, platform seperti TikTok berperanan sebagai ‘gatekeeper’ dalam mengenal pasti kandungan atau aktiviti jualan yang tidak mematuhi garis panduan bagi melindungi pengguna.
“TikTok sebagai rakan kerja kami akan mengenalpasti kalau kita nak jual barang, ia ada standard tertentu. Ia mesti ada cara tertentu dan tidak menyalahgunakan platform-platform sedia ada untuk menjual benda-benda yang tidak baik.
“Jadi, ia akan menjadi macam ‘gatekeeper’. Para usahawan perlu gunakan teknologi yang ada ini untuk mengembangkan perniagaan secara profesional,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jelajah Malaysia Digital (JMD) 2026 di Dewan Bestari Ayer Keroh, hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata, program JMD 2026 terus mendapat sambutan menggalakkan apabila disertai pelbagai golongan termasuk usahawan, pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi dan pekerja bebas yang mahu mempelajari penggunaan teknologi digital.
Ujarnya, usaha itu menyasarkan 500,000 capaian dan penglibatan secara fizikal serta dalam talian sepanjang tahun ini bagi memperluaskan pengetahuan, kemahiran dan peluang digital kepada rakyat di seluruh negara.
Mengulas lanjut mengenai tahap persiapan ekonomi digital negara, beliau memberitahu kini sektor itu telah pun menyumbang 25 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), sebelum disasarkan meningkat kepada 30 peratus menjelang 2030.
“Bagi mencapai sasaran berkenaan, pelbagai aspek perlu dipertingkatkan lagi termasuk infrastruktur digital, pembangunan bakat, keupayaan serta pengetahuan rakyat dalam teknologi baharu.
“Jadi kita memang ada program-program untuk menaik taraf pengetahuan dan mengukuhkan platform sedia ada ini,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

4 hours ago
5
















![[KEMASKINI] Identiti mangsa dalam Bezza dihempap lori tangki masih belum diketahui](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LORI-TANGKI-KEBAKARAN.jpeg)

![[VIDEO] Lebih 15 kucing terbiar di rumah rakit Pulau Ketam](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/KUCING-KELONG-PULAU-KETAM.jpg)





























![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)