SEOUL – Taikun cip kepintaran buatan (AI), Chey Tae-won merayu keputusan sebuah mahkamah yang memerintahkan beliau membayar 944 bilion won (RM2.77 bilion) kepada bekas isterinya dalam penyelesaian perceraian termahal di Korea Selatan, kata peguamnya hari ini.
Tae-won, 65, ialah pengerusi Kumpulan SK yang merupakan pemilik pengeluar cip memori terkemuka dunia, SK hynix.
Mahkamah Tinggi Seoul pada 2024 telah meminta Tae-won membayar 1.38 trilion won (RM4 bilion) kepada bekas isterinya, Roh Soh-yeong, manakala jumlah itu mendorong media tempatan menggelarnya sebagai ‘perceraian abad ini.’
Tae-won kemudian merayu kepada Mahkamah Agung yang meminta mahkamah tinggi sama mempertimbangkan semula keputusan pada 2024 sekali gus membawa kepada pengurangan bil perceraian taikun itu kepada 944 bilion won pada Julai tahun ini, namun kekal pembahagian harta sepencarian terbesar pernah dianugerahkan di Korea Selatan.
Mahkamah Tinggi Seoul memutuskan pada bulan lalu bahawa Soh-yeong berhak mendapat pembayaran tunai bernilai satu pertiga daripada aset perkahwinan mereka, termasuk saham SK Tae-won, dengan memetik peranan keluarga dan sokongannya untuk aktiviti Kumpulan SK.
Taikun itu bagaimanapun merayu keputusan yang dibuat pada Julai 2026, kata peguamnya, menyebabkan kes tersebut dibawa ke Mahkamah Agung sekali lagi.
“Selepas pertimbangan teliti terhadap pelbagai faktor, Pengerusi Chey Tae-won telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung,” kata peguamnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.
Pasukan undang-undang Soh-yeong bagaimanapun enggan mengulas perkembangan kes tersebut kepada AFP.
Soh-yeong yang merupakan anak perempuan bekas presiden Korea Selatan, Roh Tae-woo berkahwin pada 1988 dan mempunyai tiga orang anak bersama Tae-won tetapi pasangan itu dipercayai tinggal berasingan selama lebih 15 tahun.
Pada 2015, Tae-won mengaku mempunyai anak dengan kekasihnya, Kim Hee-young. – AFP

9 hours ago
5
















![[KEMASKINI] Identiti mangsa dalam Bezza dihempap lori tangki masih belum diketahui](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LORI-TANGKI-KEBAKARAN.jpeg)

![[VIDEO] Lebih 15 kucing terbiar di rumah rakit Pulau Ketam](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/KUCING-KELONG-PULAU-KETAM.jpg)





























![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)