DALAM dunia glamor yang sering menjadikan nama besar sebagai tiket istimewa, masih ada anak seni lupa perkara paling asas dalam sebuah produksi iaitu masa orang lain juga sama berharga.
Bagi pelakon Sweet Qismina, disiplin di set penggambaran bukan sekadar soal mencatat waktu masuk kerja tetapi turut mencerminkan adab, profesionalisme dan rasa hormat terhadap seluruh pasukan.
Ini kerana tegasnya, semua yang terlibat dalam sesebuah produksi bersengkang mata bagi memastikan urusan penggambaran berjalan lancar.
Sambung Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 29, pelakon perlu bijak membawa diri serta memahami karakter individu dalam sesebuah produksi tanpa mengira status atau senioriti.
“Bila kita masuk dalam sesebuah set penggambaran, kita kena tahu kita bekerja dengan siapa. Adakah individu dalam produksi itu boleh menerima kita dengan cara A atau B?
“Bukan nak menggalakkan orang datang lambat, tetapi kadang-kadang kita juga faham ada pelakon yang terlambat bersebab. Kita tidak boleh terus menghukum atau ‘judge’ seseorang, cuma kalau orang sama yang selalu lambat memang itu masalah.
“Jangan sampai ambil kesempatan menggunakan nama besar untuk pijak masa orang lain,” katanya selepas pertunjukan fesyen KLFW X Tomei Collection sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026, baru-baru ini.
Mengulas tindakan aktres senior, Fasha Sandha meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap segelintir artis datang lewat ke set menerusi media sosial, Sweet tidak melihat teguran sebegitu sebagai sesuatu yang harus dipersoalkan.
“Kita tahu Fasha bagaimana tahap disiplinnya. Jadi, apa yang dia buat mungkin kerana sudah cukup bersabar dan perkara tersebut sudah terlalu lama terbuku dalam hati.
“Mungkin Fasha sudah cuba bercakap secara berdepan tetapi tidak berjaya dan media sosial menjadi penyelesaiannya.
“Setiap orang ada cara masing-masing dan tidak semestinya teguran secara terbuka satu kesalahan. Jika pihak berkaitan masih berdegil, orang itu kena terimalah,” ujarnya.
Begitupun, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) menerusi filem Babah itu memilih pendekatan berbeza andai berdepan masalah sama.
Akuinya, keadaan tersebut disebabkan pengalaman lalu terutama apabila menyaksikan beberapa artis senior datang lewat ketika baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan.
“Ketika itu saya masih artis baharu, jadi saya hanya duduk diam. Tetapi saya sedia maklum sikap sebegitu tidak bagus dan ambil pengajaran agar tidak jadi seperti itu.
“Kalau perkara sama berlaku kepada saya sekarang, saya juga mungkin tidak akan terus meluahkannya dalam media sosial.
“Saya akan cuba bercakap elok-elok secara berdepan dengan individu itu supaya dia lebih memahami situasi,” katanya.
Memulakan langkah seni sebagai pelakon kanak-kanak, Sweet berjaya mengekalkan imej bersih dan tahap disiplin yang tinggi sehingga hari ini.

16 hours ago
8
















![[KEMASKINI] Identiti mangsa dalam Bezza dihempap lori tangki masih belum diketahui](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LORI-TANGKI-KEBAKARAN.jpeg)

![[VIDEO] Lebih 15 kucing terbiar di rumah rakit Pulau Ketam](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/KUCING-KELONG-PULAU-KETAM.jpg)





























![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)