KUALA LUMPUR – Ajinomoto (Malaysia) Berhad kini menjadi Rakan Sajian Rasmi Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi kerjasama strategik bagi memberi tumpuan kepada aspek pemakanan dan nutrisi atlet negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Daisaku Wadami berkata, kerjasama berkenaan mencerminkan komitmen pihaknya untuk menyumbang kepada pembangunan sukan negara.
Jelas beliau, jalinan kerjasama itu khusus untuk memastikan aspek pemakanan diberi perhatian sebagai sebahagian daripada persediaan atlet.
“Kami berharap dapat memainkan peranan dalam menyokong atlet negara, di samping menggalakkan kesedaran mengenai kepentingan pemakanan yang seimbang.
“Selain itu, ia juga sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan persediaan ke arah prestasi yang lebih baik berlandaskan kepakaran Ajinomoto dalam ‘AminoScience’,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Ajinomoto Malaysia dan MSN di Bukit Jalil hari ini.
Pemeteraian MoA selama dua tahun itu menjadi asas kepada hubungan lebih kukuh antara MSN dan Ajinomoto Malaysia dalam usaha menyokong keperluan atlet serta pembangunan sukan berprestasi tinggi negara.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerjasama itu turut melibatkan sokongan menerusi Victory Project Malaysia, termasuk program nutrisi sukan ‘Winning Meals Kachimeshi®’ atau ‘Makanan Juara’ serta produk nutrisi sukan aminoVITAL®.
Kata Daisaku, pengalaman dan kepakaran Ajinomoto dalam bidang pemakanan dan nutrisi diharap dapat membantu memenuhi keperluan atlet negara dalam aspek berkaitan pemakanan.
Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata, pemakanan dan nutrisi merupakan antara elemen penting dalam memastikan atlet mendapat sokongan menyeluruh ketika menjalani latihan dan menghadapi pertandingan di peringkat tertinggi.
“Dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi, aspek pemakanan dan nutrisi adalah antara elemen penting bagi persediaan, pemulihan serta prestasi atlet.
“MSN melihat kerjasama dengan Ajinomoto Malaysia ini sebagai satu nilai tambah dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk tujuan pembangunan prestasi tinggi ini,” katanya.
Ujar beliau, pengalaman dan kepakaran Kumpulan Ajinomoto dalam bidang pemakanan dan nutrisi diyakini mampu memberi manfaat kepada atlet negara yang sentiasa menjadi fokus utama dalam setiap inisiatif MSN. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
11

















![[KEMASKINI] Identiti mangsa dalam Bezza dihempap lori tangki masih belum diketahui](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LORI-TANGKI-KEBAKARAN.jpeg)

![[VIDEO] Lebih 15 kucing terbiar di rumah rakit Pulau Ketam](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/KUCING-KELONG-PULAU-KETAM.jpg)




























![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)