[VIDEO] Pemandu kereta bawa muat berlebihan ada masalah jiwa

6 hours ago 2

SEPANG – Polis mengesahkan pemandu kereta ‘Axia Merah’ yang tular membawa muatan secara bahaya dan berlebihan di Jalan Dengkil-Banting semalam mengalami masalah jiwa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan mendapati, pemandu berusia 59 tahun itu pernah terbabit kemalangan beberapa tahun lalu dan mengalami cedera di kepala.

Beliau berkata, susulan video tular itu, pihaknya bertindak segera mengesan sebelum menemui kereta itu bersama pemiliknya di Jalan Dengkil – Banting.

“Kami bertindak mengesan kereta itu susulan satu video tular berdurasi 13 saat yang dimuat naik di laman Facebook oleh pemilik akaun ‘Sepang Viral’.

“Kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki itu telah ditahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, pemandu kenderaan tersebut mempunyai lesen memandu yang sah, manakala kenderaan itu pula mempunyai dokumen perjalanan lengkap.

Norhizam berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kes itu dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Sebelum ini, tular mengenai sebuah kereta dipandu dalam keadaan muatan penuh diatas bumbung di sekitar Dengkil sehingga mencetuskan kebimbagan pengguna jalan raya. Difahamkan, muatan yang diletakkan secara berlonggok diatas bumbung kereta itu terjatuh ke atas jalan sehingga berlaku kesesakan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE

@she_kin17Wahai pakcik . Ingatlah kami pun ada insan trsayang🥹 pakcik jgn la bawak kereta banyak2 barang mcm ni. Bahaya pakcik😭 sye pun risau tgk pakcik bawak kereta mcm tu nampak ke jalannya😌 nasib baik semua org slow je tau . Kalau ada yg bawak laju tak sempat brek mcm mne 😫 semoga dipermudahkn segala urusan pakcik ya🤲🏻

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Read Entire Article
Pertanian | | | |