PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai mengambil kesempatan mencuri dompet milik seorang wanita yang meninggalkan keretanya dalam keadaan tidak berkunci ketika mangsa singgah sebentar di sebuah kedai.
Tindakan lelaki itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di TikTok oleh @Husnaiberahimm.
Kejadian itu memaparkan individu tersebut membuka pintu kereta dan mencuri dompet berkenaan selepas wanita itu meninggalkan kenderaan.
“Pakai satu set pakaian warna hitam dan buka nombor plat kereta, nampak sangat dah biasa buat kerja ni,” katanya.
Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata menzahirkan rasa bimbang dengan kejadian berkenaan.
“Akak, kenapa tak kunci kereta? Bahaya sangat sekarang,” kata @Aya.
“Risau betul. Kita pun kadang-kadang tinggal kereta depan kedai sekejap sahaja nak ambil makanan. Selepas ini, memang kena amalkan kunci kereta walaupun keluar sekejap,” komen @Sheyl.az.
“Ini masalah pemandu yang tak peka. Tak kisah kejap atau lama, pintu kereta wajib kunci,” ujar @Nur3851. – KOSMO! ONLINE
@husnaiberahimm Jadi hasil dari kecuaian ni. Maka buat lah ic kali kedua dengan bayaran selepas diskaun RM265 😂 Warga bangi kajang. Beware ye dengan pencuri naik moto biru ni. #ysuku #kajang #bangi #beware #pencuri #fyp #fypdonggggggg #masukberanda ♬ original sound – Djz Hieng