‘Kalau tak suka, saya suruh Atikah berhenti kongsi apa-apa’

6 hours ago 6

PETALING JAYA – Isteri dikecam gara-gara mempersoalkan keberkesanan penggunaan ‘car seat’ bayi, suami kepada pelakon Datin Atikah Suhaime, Datuk Lokman Teh menegaskan niat suri hatinya itu hanya sekadar ingin berinteraksi dengan peminat.

Pertanyaan disalah tafsir, Lokman, 34, berkata, dia akan menyuruh isterinya untuk berhenti berkongsi sebarang hal berkaitan rumah tangga mereka andai semua itu menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak.

“Atikah bertanya sebab dia suka berinteraksi dan ambil tahu pandangan peminat.

“Dia pun seorang selebriti dan pempengaruh, jadi apa-apa perkara yang dia lakukan mesti nak libatkan peminat.

“Kalau kalian tidak suka, saya akan minta dia berhenti untuk melibatkan peminat dalam setiap perkara,” tegasnya dalam Threads.

Terdahulu, pelakon filem TanTiAna itu meluahkan rasa bimbang terhadap kerusi keselamatan bayi yang menurutnya mungkin memberi tekanan pada tubuh anak kecil, lebih-lebih lagi bayi seawal usia beberapa bulan.

Menerusi perkongsiannya, Atikah mengakui tidak tenang meletakkan Mulan di kerusi keselamatan tersebut, dan lebih selesa memangkunya sepanjang perjalanan ke Singapura baru-baru ini.

Namun, niat murninya disalahertikan sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

“Sebagai ibu, awak buatlah kajian sendiri, bukan tanya netizen dan dengar orang entah siapa yang kita tak tahu kelayakan mereka.

“Car seat tak salah, boleh saja duduk. Cuma kena pasang dengan betul dan berhenti rehat setiap dua jam,” tulis seorang netizen.

“Bukan benci, tapi macam makin menjadi-jadi. Takkan semua benda nak tanya orang, bimbo betul,” komen pengguna media sosial.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh pada 8 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |