[VIDEO] Sumud Flotilla: ‘Bila telefon dah dibuang, bermaksud saya telah ditangkap’

2 hours ago 1

PETALING JAYA – “Bila phone (telefon) dah dibuang, bermaksud saya telah ditangkap,” kata pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana berhubung situasi yang akan berlaku sekiranya bot dinaikinya diserang oleh rejim Zionis Israel.

Menerusi satu siaran langsung di TikTok, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, berkata, kesemua sukarelawan Global Sumud Flotilla telah membuat persediaan serta langkah perlu diambil jika mereka berdepan keadaan tersebut.

“Bila-bila masa sahaja sepanjang berlayar masuk ke lautan antarabangsa, macam-macam terjadi. Jika bot kami diterjah, saya salah seorang diamanahkan untuk melakukan ‘live’ kecemasan SOS.

“Saya akan keluar pakai jaket keselamatan akan rakam menunjukkan bahawa bot saya tak ada barangan tajam. Pisau, garfu akan kumpul buang ke laut, menunjukkan tak ada barang tajam dan kami ini misi bantuan semata-mata.

“Jadi saya akan rakam sampai saya meniarap. Sampai ketua cakap ‘buang phone kalian’ dan saya akan buang. Ketika itu anda rakam ‘live’ terus sebar supaya sampai merata dunia dan nampak siapa menindas siapa,” katanya.

Ardell berkata, selepas telefon bimbit itu dibuang ke dalam laut sekali gus tidak dapat berkomunikasi dengan dunia luar, dia hanya menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.

“Jangan fikir apa tak sanggup, kita tengok hari-hari saudara syahid meninggal dunia lagi tak sanggup. Apa jadi pada kami nampak atau tak nampak, saya minta apa yang jadi aib tertutup dari segi aurat.

“Apa-apa terjadi pun akan ada barisan kedua, ketiga dan seterusnya datang lagi ramai untuk menembusi pengepungan ini. Saya yakin ramai lagi pemberani akan wujud insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut meminta orang ramai untuk tidak bimbang dengan keadaan mereka sepanjang misi Global Sumud Flotilla.

“Jangan risau tentang kami, kami ada Allah. Kalian kena selalu berdoa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@mrdvent #sumud #sumudnusantaramalaysia #flottila #@ArdellAryana #zra ♬ Sanadhallu Ya Gaza (We Will Remain O Gaza) – Mesut Kurtis
Read Entire Article
Pertanian | | | |