KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski memanggil semua pemain berpengalaman, Matthew Davies untuk menguatkan pasukan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 18 November ini.
Sebagai rekod, Davies tersisih pada dua jendela antarabangsa bulan September dan Oktober yang lepas selepas mengalami kecederaan serius ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), Julai lalu.
Tiada rombakan besar yang dilakukan oleh Cklamovksi pada kem lattihan pusat kali ini dengan hanya memanggil seorang pemain baharu, Ryan Lambert yang mewakili Kuala Lumpur City (KL City) FC.
Seramai 27 pemain telah dipanggil untuk menjalani kem latihan bermula 10 hingga 17 November ini di Kuala Lumpur termasuk tiga pemain berpangkalan di luar negara, Sergio Aguero, Dion Cools dan Endrick Dos Santos.
Selain itu, 11 pemain diletakkan dalam senarai menunggu seperti Adam Nor Azlin (KL City), Akhyar Rashid (Terengganu FC), Wan Kuzain Wan Kamal (St. Louis City) dan Luqman Hakim Shamsudin (NSFC). – KOSMO! ONLINE
SENARAI SKUAD HARIMAU MALAYA
Penjaga gol
Ahmad Syihan Hazmi (JDT)
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Selangor FC)
Haziq Nadzli (Kuching City)
Pertahanan
La’Vere Corbin-Ong (JDT)
Matthew Davies (JDT)
Junior Eldstal (JDT)
Harith Haiqal (Selangor)
Quentin Cheng (Selangor)
Declan Lambert (KL City)
Daniel Ting (Sabah)
Dominic Tan (Sabah)
Ubaidullah Shamsul Fazili (TFC)
Azam Azmi Murad (TFC)
Dion Cools (Cerezo Osaka)
Tengah
Arif Aiman Hanapi (JDT)
Nazmi Faiz Mansor (JDT)
Ryan Lambert (KL City)
Nooa Laine (Selangor)
Faisal Halim (Selangor)
Stuart Wilkin (Sabah)
Ramadhan Saifullah (Kuching City)
Endrick Dos Santos (Ho Chi Minh)
Sergio Aguero (Kanchanaburi)
Penyerang
Safawi Rasid (KL City)
Paulo Josue (KL City)
Jordan Mintah (Kuching City)
Aliff Izwan Yuslan (Selangor)

3 hours ago
4

![[VIDEO] ‘Tuala wanita punya pasal..tahi di sana, tahi di sini’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.19.13-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Dengan kami pun terikut baca doa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.00.29-PM.jpeg)














































