RM2.96 bilion untuk penyenggaraan Jalan Persekutuan tahun lalu – KKR

3 hours ago 4

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memperuntukkan RM2.96 bilion bagi penyenggaraan jalan di bawah selian Kerajaan Persekutuan sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, peruntukan tersebut melibatkan penyenggaraan rutin secara berkala pavemen, bukan pavemen, penyenggaraan kecil jambatan, lampu jalan dan lampu isyarat.

Jelasnya, jumlah peruntukan tersebut adalah kenaikan RM490 juta berbading tahun sebelumnya iatu sebanyak RM2.48 bilion.

“Penyenggaran tersebut dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui Arahan Kerja (AK) dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui kaedah perolehan di peringkat jabatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaaan Zahari Kechik (PN-Jeli) yang mahu kerajaan menyatakan berapakah jumlah yang telah diperuntukkandan telah dilaksanakan bagi penyelenggaraan jalan raya bagi setiap negeri pada tahun 2024 dan 2025.

Ahmad berkata, berdasarkan pecahan mengikut negeri, KKR telah memperuntukkan sebanyak RM2,360,631,527.43 bilion untuk penyenggaraan di Semenajung, manakala untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah sebanyak RM595,592,306.95.

Beliau berkata, sebagai makluman jalan di bawah seliaan Persekutuan ketika ini adalah sepanjang 18,705.93 kilometer (km) iaitu sebanyak 14,973.93 km di Semenanjung, 1,536.94 km di Sabah, 2,055.92 km di Sarawak dan 139.13 km W.P Labuan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, bagi pelaksanaan kerja tahun 2026, jalan-jalan yang rosak telah dikenal pasti oleh syarikat konsesi penyenggaraan Jalan Persekutuan yang dilantik.

Malah katanya, JKR juga telah menyediakan Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) Tahun 2026 berdasarkan rekod kerosakan jalan.

“Walau bagaimanapun, kelulusan kerja tertakluk senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh JKR mengambil kira penilaian tahap kritikal kerosakan jalan yang melibatkan keseluruhan jaringan Jalan Persekutuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |