Anwar ketika hadir Majlis Penutup Festival Idea Putrajaya 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR
- Oleh KOSMO!
- 7 November 2025, 7:46 pm
PUTRAJAYA – Di sebalik spekulasi rombakan Kabinet yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sikap mengunci mulut.
Ketika ditanya pemberita selepas merasmikan ucapan penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025, Anwar secara berseloroh meminta pihak media mengemukakan senarai nama barisan Kabinet baharu.
“Tolong bagi cadangan (kepada saya) kalau ada,” katanya ringkas.
Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan berlaku rombakan Kabinet dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
Dalam ucapan pada majlis penutup FOI 2025, beliau mengharapkan Anwar dapat memberikan sokongan penuh kepada penganjuran FOI untuk tahun-tahun akan datang meskipun beliau tidak mengetahui sama ada masih menerajui kementerian itu atau sebaliknya.
“Jadi sekali lagi saya berharap sokongan daripada Perdana Menteri yang tidak berbelah bahagi untuk tahun-tahun yang akan datang.
“Sama ada saya masih menjadi menteri Kabinet atau pun tidak, itu soal nombor dua. Ini adalah agenda negara,” katanya ketika berucap di hadapan Anwar pada majlis berkenaan. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
3



![[VIDEO] ‘Tuala wanita punya pasal..tahi di sana, tahi di sini’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.19.13-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Dengan kami pun terikut baca doa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.00.29-PM.jpeg)












































