PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan detik cemas seorang lelaki membaca doa ketika menuruni laluan berbukit dalam keadaan hujan lebat dan ribut di Kundasang, Sabah baru-baru ini mencuri perhatian ramai sehingga meraih lebih 250,000 tontonan.
Video yang dimuat naik pengguna TikTok @Mr_2601 itu memperlihatkan rata-rata netizen mengakui mereka turut ‘terikut’ membaca doa sama sewaktu menonton rakaman tersebut.
Video yang kini menjadi tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki yang sedang memandu sebuah kereta melalui jalan licin dan berkabus tebal serta kedengaran suaranya membaca doa dalam keadaan cemas namun sangat jelas sebutannya.
Gelagat spontan itu ternyata menyentuh hati ramai dan ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi daripada netizen yang masing-masing mengakui turut sama membaca doa secara tidak sengaja seolah-olah berada dalam situasi sama.
“Aku tengok sambil tekan brek sekali… doa pun terkeluar,” tulis seorang pengguna.
“Dengan saya terikut baca doa sama laju dengan abang ni,” kata Afiq.
“Cara abang baca doa rentaknya sama ikut dengan keadaan jalan, tapi seram betul laluan ini. Kalau saya sanggup turun jalan kaki,” seloroh seorang pengguna.
“Aku rasa aku dalam kereta juga,” komen Erne.
Tidak kurang juga yang menyifatkan situasi jalan berbukit di kawasan Kundasang memang mudah mencetuskan rasa risau, apatah lagi ketika cuaca buruk.
Menurut penduduk setempat, kejadian cuaca hujan lebat dan angin kencang memang sering berlaku terutama pada waktu petang, malah ramai pelancong pernah memaklumkan mereka turut berdebar setiap kali melalui laluan tersebut.
“Rasnya pernah lalu sini, memang mengucap panjang dengan keadaannya. Hati-hati lalu kawasan berbukit, sempit ditambah pula cuaca hujan dan ribut,” kata Fatin. — KOSMO! ONLINE\
@mr_2601 ngeri2 sedap#foryoupage #fypシ #fyp #viral #kundasang ♬ suara asli – 🔧⚙️mukjizat masih ada🛠️
1 hour ago
1

![[VIDEO] ‘Tuala wanita punya pasal..tahi di sana, tahi di sini’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.19.13-PM.jpeg)















































