[VIDEO] Khabib ‘reject’ salam dengan hos wanita

1 day ago 13

PETALING JAYA – Bintang terkemuka Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov mencuri perhatian peminat apabila menolak untuk bersalaman dengan seorang pengacara wanita dengan penuh adab dalam satu rancangan siaran langsung.

Menerusi beberapa rakaman video yang tular di TikTok, Khabib dilihat mesra bersalaman dengan tiga pengacara lelaki sebelum menolak secara sopan huluran tangan daripada pengacara wanita, Kate Abdo.

Sebaliknya, atlet berasal dari Russia itu meletakkan tangan di dada sambil tersenyum sebagai tanda menghormati, tanpa menyinggung perasaan pengacara wanita tersebut.

Tindakan itu disedari oleh Kate yang kemudian mengangguk dan mengakui memahami situasi tersebut.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Khabib yang menjaga batas dan pada masa sama kekal profesional.

“Dia menolak dengan cara paling beradab dan penuh hormat,” kata Yasir Tasal.

“Kate memang legenda, dia hormat budaya Khabib dan tak ambil hati,” komen seorang pengguna.

“Saya hormat Kate sebab dia faham dan mohon maaf tanpa rasa tersinggung,” ujar Rachams. – KOSMO! ONLINE

@theunderworldplaybook Kate Scott respecting Khabib’s culture ❤️ #uclfinal #khabib #cbssports ♬ original sound – The Underworld Playbook
Read Entire Article
Pertanian | | | |