Lima hari hilang, lelaki ditemukan lemas di Sungai Perak

5 hours ago 2
ANGGOTA bomba menaikkan mayat lelaki yang dilaporkan hilang selepas mandi di Sungai Perak dekat Lambor Kiri, Parit hari ini.
  • Oleh ASLIZA MUSA
  • 8 September 2025, 9:06 pm

PARIT – Misteri kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas mandi di Sungai Perak dekat Lambor Kiri di sini Rabu lalu, akhirnya terjawab dengan penemuan mayat mangsa hari ini.

Mayat Norman Mohd. Noh, 27, dijumpai terapung oleh nelayan di Kampung Pasir Kubu, Kampung Gajah pada pukul 2 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar, Muhammad Asyraf Mat Isa berkata, mangsa dijumpai kira-kira enam kilometer dari lokasi pakaiannya ditemukan di tebing sungai.

Katanya, anggota bomba yang memakai pakaian perlindungan diri (PPE) segera melaksanakan operasi menaikkan mangsa sebaik tiba di lokasi berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia berdasarkan keadaan fizikalnya. Keluarga yang berada di lokasi turut membuat pengecaman dan mengesahkan identiti lelaki itu,” katanya.

Media pada Jumaat lalu melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Perak.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |