Pusat dialisis Perkeso mudahkan pencarum dapatkan rawatan percuma

2 hours ago 1
Steven (dua,kanan) dan Anthony Loke (kiri) beramah mesra bersama pencarum yang menerima rawatan di Pusat Dialisis Perkeso Cawangan Seberang Jaya, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!
  • Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
  • 20 September 2025, 3:53 pm

SEBERANG PERAI – Pusat dialisis pertama di utara Semenanjung yang mula beroperasi di Seberang Jaya hari ini dijangka memudahkan pencarum mendapatkan rawatan dialisis secara percuma.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, pusat dialisis itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk memperluaskan perkhidmatan rawatan dialisis kepada pencarum.

“Objektif penubuhan pusat ini adalah untuk membantu mengurangkan kos yang ditanggung pencarum mendapatkan rawatan dialisis memandangkan kos di pusat rawatan swasta semakin meningkat.

“Menerusi pusat dialisis ini, pesakit tidak perlu membayar apa-apa kerana ada subsidi, dan ini antara faktor kenapa kita menubuhkan beberapa pusat dialisis kendalian Perkeso sendiri,” katanya selepas merasmikan Pusat Dialisis Perkeso Cawangan Seberang Jaya dan Penyerahan Tajaan Lindung Kendiri di sini, hari ini.

Setakat ini, terdapat enam pusat dialisis Perkeso yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. – KOSMO!ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |