‘Saya pun dah tua, cerita saya dah tak eksklusif’

1 hour ago 1

SHAH ALAM – “Mana ada orang buat ‘rehearsal’ kahwin di tempat awam”

Itu respons pelakon jelita, Emma Maembong tentang gambar dan videonya berbaju pengantin bersama DJ Kidd tular baru-baru ini.

Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, dia memakai busana tradisional tersebut demi menyantuni tema sebuah majlis yang dihadiri bersama.

Tak baik tau cakap saya ‘rehearsal’. Mana ada orang ‘rehearsal’ di tempat awam. Ada yang cakap saya ‘fitting’ baju kahwin. Takkanlah saya ‘fitting’ di tempat awam.

“Sebenarnya tema majlis tersebut adalah baju kahwin tradisional. Setiap pasangan yang datang kena pakai mengikut tema.

“Saya terkejut juga bila baca dalam media sosial orang cakap saya dah nak kahwin. Belum lagi,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan episode akhir drama VIU Seadanya Dia, di sini, semalam.

Ditanya tentang penemannya ke majlis tersebut iaitu DJ Kidd seakan-akan mengesahkan hubungan mereka kini rasmi sebagai pasangan kekasih, kata Emma dia sekadar mengikut tema.

“Itu pun ikut tema. Tema majlis kena datang berdua (berpasangan). Kalau boleh saya tak mahu terlalu berbicara soal ini sangat. Saya pun dah tua. Cerita saya dah tak eksklusif,” ujarnya.

Pada majlis semalam, Emma turut ditemani DJ Kidd dan kedua-duanya memakai pakaian sedondon berwarna putih.

Mengulas mengenai komen netizen yang mahu melihatnya kembali naik pelamin selepas pasangan Fattah dan Amira, kata Emma, dia tidak terkejar-kejar mahu menamatkan zaman janda.

“Bila tengok pasangan bahagia, saya pun tumpang gembira. Tetapi bagilah peluang untuk mereka terlebih dulu. Biar mereka nikmati momen bahagia mereka,” jelasnya.

Emma berkahwin dengan Shazli Azhar yang merupakan seorang juruterbang pada 20 Februari 2020 namun jodoh tidak panjang.

Pada 7 Oktober 2024, Emma membuat pendedahan sudah bercerai bahkan selesai menjalani tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan, 2. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |