Deepika Padukone artis India pertama diiktiraf Hollywood Walk Of Fame

7 hours ago 7

AKTRES terkenal Bollywood, Deepika Padukone bakal menjadi pelakon pertama dari India yang diberi penghormatan untuk namanya diabadikan di Hollywood Walk Of Fame di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Nama Deepika merupakan antara 35 selebriti dari seluruh dunia yang diumumkan The Hollywood Chamber Of Commerce untuk diberikan pengiktirafan itu pada 2026.

Selain Deepika, antara selebriti berada dalam senarai sama ialah Demi Moore, Rachel McAdams, Emily Blunt, Timothee Chalamet, Rami Malek dan Stanley Tucci.

Pemilihan Deepika yang memulakan debut dalam arena lakonan menerusi filem Om Shanti Om pada 2007 nyata membanggakan rakyat India.

Menerusi hantaran dalam Instagram, isteri kepada Ranveer Singh itu turut meluahkan rasa syukur dengan pengiktirafan ini.

“Gratitude (syukur),” tulisnya ringkas.

Biarpun membanggakan nama India, masih ada segelintir individu yang mempersoalkan pencapaiannya di Hollywood sehingga layak meraih pengiktirafan tersebut.

Menurut netizen, Deepika hanya mempunyai satu filem Hollywood iaitu filem XXX : Return Of Xander Cage yang ditayangkan lapan tahun lalu.

Netizen turut berpendapat pelakon yang paling layak untuk namanya diletakkan di Walk Of Fame ialah Priyanka Chopra kerana  berjaya mencipta nama di Hollywood dengan pelbagai filem dan drama.

Ada juga pihak mendakwa Deepika membayar sejumlah wang agar namanya diletakkan di Walk Of Fame.

Namun hakikatnya Deepika dipilih barisan juri daripada ratusan calon dari seluruh dunia.

Sebelum ini Deepika membina namanya di peringkat global hanya dengan membintangi filem di Bollywood.

Kejelitaannya memikat pelbagai jenama mewah untuk menjadikannya sebagai duta  mereka termasuk Louis Vuitton dan Cartier.

Dia juga pernah menjadi penyampai anugerah di Academy Awards 2023 serta menjadi pembawa Piala Dunia 2022. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |