7 cedera, bas ekspres langgar palang had ketinggian

9 hours ago 6
  • Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
  • 5 Julai 2025, 8:22 am
Keadaan bas ekspres yang dibahagian tengah remuk selepas langgar palang had ketinggian dalam kejadian di Jalan Arab Malaysian menghala ke Bukit Mahkota, Bangi tadi.

NILAI – Sebuah bas ekspres melanggar palang had ketinggian menyebabkan tujuh mangsa termasuk pemandu cedera dalam kejadian di Jalan Arab Malaysian menghala ke Bukit Mahkota, Bangi, di sini malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 (KUP) Azmi Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 10.30 malam.

“Mereka yang cedera terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, bas tersebut yang membawa 19 penumpang dalam perjalanan dari Kajang, Selangor menuju ke Melaka. Mangsa yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Serdang.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |