[VIDEO] Qobin luah hasrat mahu bantu Putri Qisya

2 hours ago 1

PETALING JAYA – Penjelajah Grand Slam Negara Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mendedahkan, beliau sedia memberi bantuan pendidikan kepada anak sulung pasangan yang lemas Sungai Korok, Putri Qisya Nur Izzat, 12.

Beliau yang lebih dikenali sebagi Qobin, berkata, bantuan kira-kira RM500 sehingga RM1,000 akan diberi secara bulanan sehingga Putri Qisya selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

“Atas rezeki yang saya ada sedikit ni nak berjumpa dengannya (Putri Qisya) dan menyumbang untuk pendidikan beliau, insya-Allah lebih kurang RM500 ke RM1,500 sebulan.

“Kalau boleh tolong cari dan (semoga) dapat berjumpa dengannya dan keluarga untuk saya bantu sampai beliau habis SPM nanti. Semoga arwah keluarga Putri Qisya (yang terkorban) bersama golongan hamba-hambanya yang beriman,” katanya di media sosial, semalam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan enam beranak yang hilang sejak Sabtu lalu dijumpai tidak bernyawa di dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam dalam Sungai Korok, Jitra, Kedah.

Mereka dipercayai cuba keluar menyelamatkan diri sebaik kenderaan yang dinaiki terjunam ke dalam sungai tersebut, namun gagal.

Mereka terdiri daripada pasangan suami isteri serta empat anak berusia enam bulan hingga sembilan tahun. – KOSMO! ONLINE

@tukqobin MOHON CARI DAN DAPATKAN ADIK PUTERI QISYA NUR IZZAT.. Saya nak jaga dan bantu pendidikan beliau sampai dia habis SPM insyaAllah. Mohon SHARE dan bantu saya.. #fyp #fypシ ♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling
Read Entire Article
Pertanian | | | |