[VIDEO] Ingatkan monyet atau biawak mati, rupanya…

3 hours ago 3

PETALING JAYA – Seorang wanita mengalami detik mengejutkan ketika berjoging apabila melihat bangkai ikan memenuhi permukaan air sekitar Sungai Melaka, Melaka.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh Leeya Azlan menunjukkan bangkai ikan memenuhi sungai berkenaan dengan bau busuk yang didakwa sangat kuat sehingga memaksa dia berpatah balik.

“Tengah syok joging tiba-tiba ada bau kuat sangat, ingatkan monyet atau biawak mati sekali tengok sungai penuh bangkai ikan terapung. Habis sudah Sungai Melaka tempat kita berjoging, terus patah balik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan orang ramai berpendapat kemungkinan punca kejadian adalah pembuangan bahan kimia oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini sebab empangan dibuka di muara itu. Jadi, air laut bercampur dengan air tawar, ikan pening dan mati. Kalau tak percaya malam sebelum ini mesti kita akan nampak banyak ikan bernafas di permukaan air sebelum mati,” kata TonyStark.

“Ini mungkin datang dari pencemaran oleh pembuangan bahan kimia kilang sekitar itu, kesian betul ikan-ikan ini,” ujar Ime.

“Ini mesti air tercemar dengan minyak kapal yang lalu dekat situ, haish kan sudah kotor sungai,” komen Hakimy20.

Sementara itu, orang ramai turut menggesa pihak berkuasa tempatan supaya segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pencemaran yang berlaku.

“Mana pergi pihak pengurusan Melaka? Tak reti nak ambil tindakan ke denda orang yang buang sisa yang mencemarkan air sungai? suruh mereka bersihkan sekali air Sungai Melaka,” tambah Aishah Eisya Hassan.

“Memang tiada tindakan pantas daripada penguat kuasa ke? Memang biar reput dulu dan berbau macam ini ke?” balas Mr Poyoz. -KOSMO! ONLINE

@leeyaazlan0 tengah syok jogging tiba2 ada bau kuat sgt.. igt kan monyet atau biawak mati.. sekali kalih sungai penuh ikan terapung.. abis sudah sg melaka tmpt kita jogging 😅 terus patah balik .. #melaka #sgmelaka #ikanmati #sgmelakatercemar #melakapeople #melakatiktok #melakahawau #melakaproblem #melakatiktok #melakahariini ♬ original sound – Pejuangsayur
Read Entire Article
Pertanian | | | |