PETALING JAYA – Usaha seorang lelaki warga emas yang bekerja sebagai penghantar makanan mencuri perhatian orang ramai di media sosial.
Menerusi perkongsian oleh Faiz24 di TikTok memaparkan warga emas tersebut dalam perjalanan ingin memungut pesanan yang dibuat oleh pelanggannya di sebuah kedai makan.
“Nikmat apa lagi yang kau ingin dustakan. ‘Rider-rider’ mesti kenal otai ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Tinjauan di ruangan komen mendapati kebanyakan netizen meluahkan rasa kagum dengan kegigihan warga emas tersebut serta mendoakan kesihatannya.
“Ya Allah, walaupun sudah tak larat tapi kuat lagi bekerja ye. Kau angkatlah lelah pak cik ini. Berikan dia ketenangan, rezeki kewangan yang kukuh dan kehidupan yang bahagia hingga akhir hayatnya,” ujar Byfa.
“Kesian tengok dia dengan umur macam ini tapi masih lagi gigih dan kuat mencari rezeki. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu ye pak cik,” komen Muhammad Hafiz.
Dalam pada itu, orang ramai turut berpendapat generasi muda pada zaman kini wajar menjadikan warga emas berkenaan sebagai contoh untuk sentiasa rajin mencari rezeki.
“Buat orang muda yang malas bekerja, korang tak terasa ke tengok pak cik ini? Tolonglah sedar dan bawa diri berubah! Apapun semoga dipermudahkan segala urusan,” kata MrM.
“Moga sampai video ini pada orang-orang yang hidupnya kebanyakan ditanggung kerajaan berbanding bekerja berusaha sendiri yang semua benda kena bayar sendiri, jangan asyik harap bantuan sahaja,” balas Azlan Shah. – KOSMO! ONLINE
@_faiz24 Nikmat Apa Lagi Yang Kau Ingin Dustakan…. Rider2 mesti kenal otai ni. #grab #grabfood ♬ Semua Demi Kamu – Angga Candra