Trump umum Malaysia dikenakan tarif 25 peratus

6 hours ago 4

WASHINGTON  – Presiden Donald Trump menghidupkan semula perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) dengan mengancam mengenakan tarif lebih tinggi terhadap lebih 12 negara dunia.

Namun, Trump kemudian berkata, beliau mungkin fleksibel pada tarikh akhir baharunya, Ogos ini bagi pelaksanaan tarif tersebut.

Trump menghantar surat kepada rakan dagangan termasuk sekutu utama AS, Jepun dan Korea Selatan, mengumumkan bahawa tarif yang digantungnya pada April lalu akan dilaksanakan lebih mendadak dalam tempoh tiga minggu.

Tokyo dan Seoul akan dikenakan tarif 25 peratus ke atas barangan masing-masing, demikian  menurut isi kandungan surat tersebut. 

Trump berkata bahawa AS akan mengenakan 25 peratus tarif ke atas barangan dari Tunisia, Malaysia dan Kazakhstan; 30 peratus untuk Afrika Selatan serta Bosnia-Herzegovina.

Beliau berkata, Indonesia pula akan dikenakan tarif 32 peratus; 35 peratus adalah untuk Serbia dan Bangladesh; 36 peratus bagi Kemboja serta Thailand manakala 40 peratus ialah Laos termasuk Myanmar.

Presiden berusia 79 tahun itu bagaimanapun sekali lagi masih membuka ruang untuk negara-negara terbabit membuat perjanjian dengan Washington.

“Saya tegas katakan akan tetapi bukan 100 peratus tegas,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu apabila ditanya sama ada tarikh akhir 1 Ogos adalah muktamad.

Ditanya sama ada surat itu adalah tawaran terakhirnya, Trump menjawab: “Saya akan katakan muktamad. Bagaimanapun jika mereka menelefon dengan tawaran yang berbeza dan saya menyukainya, maka kami akan mengubahnya.”

Kebanyakan negara yang menerima surat itu setakat ini mempunyai tarif yang sama atau tidak berubah daripada kadar yang ditetapkan pada April lalu walaupun sesetengah negara seperti Laos dan Kemboja menyaksikan kadar lebih rendah.

Ditanya mengapa Trump memilih untuk memulakan dengan Jepun dan Korea Selatan, Setiausaha Akhbar White House, Karaoline Leavitt berkata: “Ia adalah hak prerogatif presiden, dan itu adalah negara yang beliau pilih.”

Singapura, India dan Taiwan antara lain, masih belum mendengar berita tentang tarif daripada  White House. – AFP/AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |