Tiga maut, bot karam di Pulau Perhentian

23 hours ago 5
  • Oleh WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
  • 29 Jun 2025, 8:30 am
Sebahagian mangsa yang selamat dalam insiden bot karam di Pulau Perhentian, Besut malam tadi.

BESUT – Tiga individu dipercayai maut manakala seorang parah dalam kejadian bot karam di Pulau Perhentian dekat sini malam tadi.

Difahamkan bot yang dinaiki 16 penumpang tersebut karam akibat dipukul ribut di hadapan sebuah resort di pulau peranginan tersebut pada pukul 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, bantuan sedang digerakkan dari Jeti Kuala Besut di sini.

“Maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut akan dimaklumkan dalam sidang akhbar tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |