‘Tak pergi usrah tak bermakna tak belajar, husnuzon’

4 hours ago 4

PETALING JAYA – Terpanggil menyuarakan isi hati, penyanyi Shiha Zikir menegur sikap segelintir pihak yang mudah berprasangka buruk terhadap orang lain hanya gara-gara tidak nampak kelibat menghadiri majlis-majlis ilmu.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd. Zikir, 39, berpesan, agar jangan cepat menjatuhkan hukum memandangkan banyak medium lain boleh diikuti seseorang untuk mempertajamkan pengetahuan termasuk berkaitan agama.

“Kalau seseorang itu tak dapat datang usrah, tak bermakna dia tak belajar di tempat lain.

“Mungkin dia ada masalah yang buat tak dapat hadir dan mungkin juga dia ambil kelas peribadi, belajar secara online, jumpa guru yang dia lebih selesa dan sebagainya. Kita doakan yang baik-baik.

“Sekurang-kurangnya berprasangka baik sahaja dengan semua orang. Ni jangan ‘lama tak belajar?’. Entah-entah orang yang awak sound tu lagi penuh ilmu di dada. Husnuzon dan jangan ‘judge’,” katanya dalam platform Threads.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut sependapat dengan penyanyi Renjana itu apabila menyatakan ibadah dan belajar ilmu agama tidak perlu dipertontonkan kepada umum.

“Mencari ilmu ada banyak cara. Kalau perempuan baik di rumah atau kalau ikut, tak perlu tunjuk. Timbul riak dan apa yang lagi tak best join usrah sebab nak muat naik dalam laman sosial, tabaruj mekap tebal, sanggul atas kepala besar, lepas itu sindir menyindir,” kata seorang peminat.

“Usrah untuk perbaiki diri bukan untuk tunjuk aku dah baik dan terpaling baik sebab aku pergi usrah. Yang tak pergi mungkin lebih baik ilmunya cuma tak menunjuk sahaja,” tulis netizen lain.

Shiha sememangnya antara selebriti yang aktif menggunakan media sosial bukan sekadar medan promosi restoran nasi ayam miliknya, bahkan juga menyuarakan pandangan terhadap isu semasa.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |