Sungai Korok didakwa tempat buang saka

3 hours ago 4

PETALING JAYA – Sungai Korok di Jitra, Kedah yang kini menjadi tumpuan susulan tragedi enam sekeluarga ditemui lemas dalam kereta Proton Saga Iswara, dikatakan mempunyai sejarah seram dan misteri tersendiri.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen media sosial mendapati, ramai netizen mendakwa kawasan berkenaan memang dikenali sebagai ‘tempat buang saka’ dan sering berlaku kejadian tidak diingini saban tahun.

“Sungai Korok dulu kala terkenal sebagai tempat membuang saka, tak hairan lah saban tahun ada sahaja korban jiwa,” kata Md Yusof.

“Ya betul tempat pelepas.. tengah malam pun ada je gangguan. Dah lah tak ada lampu jalan, gelap pula tu, lagi-lagi kalau hujan, risau lalu sini (Sungai Korok),” balas Natasha Nizam.

“Kawasan ini banyak hantu, selalu orang kena mengusik,” kata Subhi Kamarudin.

Sementara itu, ada juga yang mencadangkan pihak berkuasa mengambil langkah segera meningkatkan keselamatan di lokasi itu susulan insiden tragis tersebut.

“Jalan Sungai Korok ini bila siang nampak macam tenang.. tetapi bila jalan belah malam..memang gelap dan kalau lepas hujan lebat, air sungai memang laju,” komen Shikin Ekin.

“Buatlah penghadang, biarlah orang nak kecam kata ‘dah viral baru nak pasang’ daripada jadi lagi macam ni,” ujar Syamer Azwan.

“Boleh dah buat penghadang atau tembok tepi sungai tu, dah banyak ‘makan orang’,” kata seorang pengguna.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan enam beranak yang hilang sejak Sabtu lalu dijumpai tidak bernyawa di dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam dalam Sungai Korok, Jitra, Kedah, semalam.

Mereka dipercayai cuba keluar menyelamatkan diri sebaik kenderaan yang dinaiki terjunam ke dalam sungai tersebut di sini namun gagal.

Mereka terdiri daripada pasangan suami isteri serta empat anak berusia enam bulan hingga sembilan tahun. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |