Sistem i-GRED upaya sifar kes keracunan makanan di premis, restoran

4 hours ago 2

GEORGE TOWN – Pelaksanaan sistem i-GRED terhadap semua pengusaha premis termasuk restoran di negara ini diyakini mampu membawa Malaysia ke arah sifar kes keracunan makanan.

Pengarah Urusan MYEK Global Sdn. Bhd , Datuk Sri Sabaruddin Ahmad berkata, aplikasi tersebut berupaya meningkatkan manifestasi dan kebolehupayaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memperkasakan aspek penyaluran dan pengurusan maklumat status kebersihan makanan.

Menurutnya, penggunaan i-GRED juga membantu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) meningkatkan liputan pemeriksaan premis makanan dengan keperluan sumber manusia yang minimum.

“Sistem i-GRED telah dilaksanakan di restoran-restoran yang berdaftar di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama enam tahun sejak 2019 lagi.

“Sistem ini telah menunjukkan kejayaan dalam agensi terbabit apabila merekodkan hampir sifar kes keracunan makanan dilaporkan.

“Melalui aplikasi yang diperkenalkan pihak PBT, pelanggan juga boleh membuat penilaian sendiri mengenai tahap kebersihan premis makanan yang dikunjungi mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu lagi, dalam usaha melaksanakan sistem tersebut, pihaknya telahpun mengadakan sesi libat urus bersama 50 PBT di seluruh negara sejak awal tahun ini.

“Inisiatif dan manfaat pelaksanaan i-GRED menjadiksn PBT lebih efektif dalam mempertingkatkan pengurusan maklumat digital negara.

“Justeru, sejajar dengan usaha kerajaan Madani yang komited dalam menjaga kebajikan rakyat, kami memohon agar sistem ini dapat dilaksanakan ke seluruh PBT di negara ini,” jelasnya negara Taiwan dan Switzerland juga menggunakan aplikasi tersebut.

Sementara itu, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) turut menyambut baik inisiatif yang diperkenalkan itu sebagai usaha meningkatkan tahap kebersihan dan profesionalisme dalam kalangan pengusaha premis. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |