Program pencarian harta karun Bank Islam bantu anak yatim

9 hours ago 5

KOTA BHARU – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) membantu mengagihkan barangan keperluan kepada dua pusat anak-anak yatim menerusi Program Sambar Sampai Menang: Bbeli dan Sedekoh bersama media Kelantan di Pasar Besar Siti Khadijah hari ini.

Program berkonsepkan pencarian harta karun  melibatkan 15 kumpulan media itu memerlukan setiap pasukan membuat pembelian barangan keperluan mengikut arahan tertentu secara kod respons pantas (QR).

Pengarah Komunikasi Korporat Kumpulan BIMB, Rohazida Mohamed berkata, setiap pasukan diberi peruntukan sebanyak RM500 untuk membeli barangan di premis terpilih di Pasar Besar Siti Khadijah.

Menurutnya, kesemua barangan yang dibeli oleh pihak media akan diagihkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan dan Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan.

“Bank telah memperuntukkan sebanyak RM30,000 menerusi program ini yang mana ia dapat mengeratkan silaturahim antara media dan BIMB.

“Pelbagai barangan keperluan seperti beras, minyak, gula dan lain-lain yang dibeli pihak media diagihkan kepada seramai 200 anak yatim di dua buah pusat itu,” katanya pada sidang akhbar pada Program Sambar Sampai Menang: Bbeli dan Sedekoh bersama media Kelantan di Pasar Siti Khadijah di sini.

Rohazida menjelaskan, program tersebut juga diadakan dengan kerjasama Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Bumiputera Pasar Besar Siti Khadijah dalam usaha membantu peniaga di pasar tersebut. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |