‘Mama, ayah, isteri, saya akan update, itu ritual’

5 hours ago 4

PETALING JAYA – Rancak mengatur langkah dalam karier seni selain kerap dipilih sebagai duta pelbagai jenama, selebriti versatil Alif Satar mengakui rezeki yang tidak henti mengalir adalah berkat doa seluruh ahli keluarga terutama orang tuanya.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 34, berkata dia menghubungi ibu bapa setiap hari kerana percaya restu insan penting itu selain isteri menjadi pemudah kepada kelancaran kerjaya dan kehidupannya.

“Hari-hari saya akan telefon mama. Pergi kerja ke, saya akan lakukan benda itu sebagai ‘ritual’. Mama, ayah dan isteri, saya akan update.

“Tapi apa yang mereka selalu pesan adalah sentiasa jaga diri sendiri dan kejayaan yang saya miliki pada hari ini adalah berkat doa mama, ayah, isteri dan anak-anak,” katanya dalam sesi wawancara dalam media sosial.

Pada masa sama, penyanyi, pelakon dan pengacara itu bersyukur apabila tiga permata hatinya semakin memahami kesibukan pekerjaannya selaku selebriti.

Atas alasan itu jugalah, Alif menyifatkan tindakan isterinya Shadila Hadid yang sebelum ini kerap berkongsi setiap papan iklan menunjukkannya sebagai duta sebagai hanya perkongsian kegembiraan bersama anak-anak dan keluarga, bukan mahu bermegah.

“Alhamdulillah, saya tak pernah rasa bangga dengan semua Itu. Itu (jadi duta) adalah kerja yang saya lakukan.

“Jadi, sekarang dia tahulah yang saya sibuk-sibuk pergi mana, adalah apa yang dia nampak. Tapi bila dia kongsi itu hanyalah untuk konten.

“Sudah tentu saya rasa seronok bila anak-anak kata itu daddy mereka, tapi saya biasa sahaja,” ujarnya.

Hampir dua dekad bergelar anak seni, Alif antara selebriti yang dijadikan contoh kepada orang ramai apabila menampilkan personaliti positif selain aktif dalam kerja kemasyarakatan.

Antaranya adalah menggerakkan kempen Geng Subuh Macam Jumaat pada hari pertama 2024 yang sambutan hebat daripada pelbagai lapisan usia sampai ke hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |