Majlis perkahwinan Jeff Bezos ditentang ramai

13 hours ago 5

ROM – Beratus-ratus peserta mengadakan tunjuk perasaan di Venice, Itali, sehari selepas bilionair, Jeff Bezos dan pasangannya, Lauren Sanchez melangsungkan perkahwinan di bandar tersebut Jumaat lalu, lapor saluran berita CNN.

Mereka berarak sambil menyuarakan mesej jelas kepada pasangan tersebut untuk keluar dari Venice serta menyatakan bantahan terhadap penganjuran majlis gilang-gemilang itu.

Penunjuk perasaan memegang sepanduk, antaranya berbunyi: ‘Berhambus dari sini’, ‘Bezos bekerjasama dengan (Presiden Amerika Syarikat) Donald Trump yang menaja peperangan’ dan ‘Kami mahukan keamanan’.

“Kami bukan cemburu kerana beliau meraih kekayaan luar biasa atau kerana beliau adalah antara lelaki paling berkuasa di dunia. Kami berasa iri hati kerana kekayaan itu memberi kesan buruk kepada kami,” kata seorang penduduk, Sofia D’Amato.

Penunjuk perasaan turut mengetengahkan bahawa terdapat jurang ketara antara kemewahan dengan realiti pahit yang dihadapi pekerja syarikat bilionair itu.

Menurut Kementerian Pelancongan Venice, majlis perkahwinan mewah selama tiga hari dan dianggarkan menelan perbelanjaan sekitar €46.9 juta (RM232 juta) itu dijangka menyumbang lonjakan hampir 68 peratus kepada hasil tahunan pelancongan bandar berkenaan. 

Sebagai tambahan, Sanchez dan Bezos turut menyumbang sebanyak €1 juta (RM4.9 juta) kepada tiga institusi kebudayaan utama Venice, menjadikan jumlah derma mencecah €3 juta (RM14.8 juta).

“Bezos memiliki pengaruh yang amat besar. Kini, beliau mempergunakan kota ini untuk bermegah-megah dan sebab itu, kehadirannya tidak dialu-alukan di sini,” ujar aktivis dari Austria, Hans Peter Martin. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |