Kemalangan MPV: Trafik perlahan sejauh 9.3 km menuju selatan

6 hours ago 3
  • Oleh KOSMO!
  • 27 Jun 2025, 10:32 am
Keadaan kemalangan yang dikongsikan LLM di Facebook hari ini.

MELAKA – Keadaan trafik di Kilometer (km) 189.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) bergerak perlahan sejauh 9.3 km susulan kemalangan maut membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), pagi ini.

Situasi trafik itu dimaklumkan Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman rasmi Facebook agensi tersebut.

“Sehingga pukul 8.55 pagi tadi, situasi trafik perlahan kedua-dua arah membabitkan arah utara sepanjang 7.4 km dan arah selatan 9.3 km.

“Penutupan lorong hanya membabitkan lorong kecemasan. Berhati-hati memandu. Segala kesulitan amatlah dikesali,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |