Duda-duda ‘hot’ masih peluk bantal

12 hours ago 8

SEJAK bercerai, nama Fattah Amin meledak sehingga ke hari ini, boleh dikatakan jadi satu fenomena.

Bukan sahaja laku keras dengan pelbagai tawaran berlakon dan sebagai duta produk, Fattah juga jadi bualan hangat selepas didakwa bercinta dengan Amira Othman.

Begitulah penangan aktor berstatus duda, sentiasa menjadi buruan banyak pihak lebih-lebih lagi yang tampan seperti Fattah Amin.

Di Malaysia, bukan sahaja Fattah tetapi ramai lagi selebriti lelaki berstatus duda dan berita baiknya masih solo!

Minggu ini, HibGlam senaraikan beberapa selebriti lelaki yang dilabel sebagai duda ‘hot’ dan belum menemui pengganti selepas melalui episod perceraian dengan bekas pasangan masing-masing. Pendek kata, tidur malam mereka hanya ada bantal untuk dipeluk.

Sharnaaz Ahmad

TIDAK perlu diperkenalkan lagi, Sharnaaz Ahmad boleh dikatakan antara duda yang sentiasa mencuri perhatian ramai.

Kalau bukan kisah cintanya, pasti cerita tentang kelantangannya dalam media sosial apabila mengulas isu-isu tertentu.

Sehingga hari ini, Sharnaaz yang bergelar duda selepas bercerai dengan Noor Nabila pada Julai 2020 masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu kembali berumah tangga meski pernah dikaitkan dengan beberapa wanita.

Antara yang pernah menjalin hubungan istimewa dengannya ialah Amelia Christie, begitu juga Azira Shafinaz.

Meskipun sudah bercerai, Sharnaaz kerap dihujani pujian ramai kerana masih berhubung baik dengan keluarga bekas isteri asbab kehadiran Jebat Jayden, satu-satunya anak bersama Nabila yang kini berusia tujuh tahun.

Hisyam Hamid

HISYAM Hamid boleh disenaraikan antara duda paling ‘hot’ ketika ini, tambahan pula tidak pernah terpalit dengan gosip murahan sejak mengesahkan sudah bercerai dengan bekas isteri pada tahun lalu.

Sejak memegang status bapa tunggal, Hisyam sering meraih pujian ramai termasuk dilihat tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa apabila membawa dua anaknya bercuti ke luar negara.

Meski sering diasak dengan pertanyaan sama ada sudah menemui pengganti, Hisyam hanya mahu memberi fokus kepada kerjaya dananak-anak buat masa sekarang.

Nazim Othman

NAZIM Othman berpisah dengan bekas isteri yang juga pelakon Bella Dally pada Mei 2018 selepas berkahwin hampir dua tahun.

Nazim yang kini masih aktif berlakon mengakui lebih selesa memberikan tumpuan terhadap kerjaya seni selain menyerahkan urusan jodoh kepada ketentuan Ilahi.

Sejak menduda, Nazim, 40, tidak digosipkan dengan mana-mana artis wanita, namun peminat tetap mendoakan dia menemui pengganti terbaik satu hari nanti.

Syamsul Yusof

SEBELUM ini, namanya paling banyak menjadi topik bualan ramai. Jika menyingkap semula kisah peribadinya, penuh liku dan drama. Kemelut rumah tangga dengan kehadiran orang ketiga sehingga berlaku perceraian dengan bekas isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.

Sayangnya, perkahwinan kedua dengan Ira Kazar juga hanya bertahan tidak sampai dua tahun selepas sah bercerai pada 4 September tahun lalu.

Sehingga kini, duda anak dua itu masih dengan prinsipnya iaitu tidak berkongsi perihal peribadi dalam media sosial.

Bapanya, Datuk Yusof Haslam juga pernah memberitahu Syamsul kini lebih selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak bersedia untuk mencari pengganti.

Read Entire Article
Pertanian | | | |