Dua maut terkena renjatan elektrik di kolam ikan

1 day ago 16
Orang ramai yang menunggu perkembangan kes dua wanita maut disyaki terkena renjatan elektrik di sebuah kolam ikan di Kampung Air Tawar, Kuala Besut hari ini.
  • Oleh KOSMO!
  • 13 September 2026, 5:23 pm

BESUT – Dua wanita dipercayai pemilik kolam ikan dan pelajar praktikal maut disyaki akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Air Tawar, Kuala Besut hari ini.

Insiden mengorbankan kedua-dua mangsa yang masih belum dikenalpasti identiti dikatakan berlaku pada pukul 1 tengah hari.

Mayat dua wanita terbabit telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut, di sini untuk tindakan lanjut.

Setakat ini pihak berkuasa masih belum membuat apa-apa pengesahan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |