KUALA LUMPUR – Demi memberikan persembahan terbaik, pelakon Zarif Ghazzi mengalami kesan sampingan fizikal seperti urat kepala timbul sewaktu menjayakan watak Abbas dalam drama KUDRAT 1968: High Council.
Selepas merujuk kepada pakar perubatan, Zarif atau nama lengkapnya Zarif Farahi Effie Ghazzi, 22, memaklumkan bahawa keadaan berkenaan berpunca daripada masalah kurang rehat dan tekanan emosi yang melampau sewaktu mendalami watak.
“Sebelum ini saya kurang ada urat di kepala, jadi waktu saya melakonkan watak Abbas ini, antara kesan sampingan yang saya kena adalah urat itu dah sampai ke telinga dan berdenyut-denyut.
“Saya pergi jumpa doktor dan dia cakap saya memang kena rehat. Saya terlalu ‘depressed’ (tertekan), semuanya demi untuk menghasilkan watak Abbas,” katanya kepada Kosmo! Online semasa majlis tayangan episod pertama drama terbabit semalam.
Meskipun terpaksa menanggung kesan sampingan, pelakon drama Seribu Tahun itu tidak menjadikan perkara tersebut sebagai alasan atau keluhan untuk menyekat minat mendalamnya dalam arena seni lakon.
“Bagi saya ini adalah perjalanan saya untuk melakonkan watak Abbas walaupun saya kena kesan apa-apa, itulah tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk melakonkan tak kisahlah watak sesusah mana pun.
“Saya memang bermati-matian sebab saya memang minat berlakon. Jadi tak kisahlah, bagi saya watak yang saya perlu kurus kering, watak hidap kanser pun saya tak ada masalah.
“Jadi watak askar, atlet atau bagi sahaja apa pun kepada saya dan saya akan bagi yang 100 peratus untuk karakter itu,” ujarnya lagi.
Zarif merupakan tunjang utama drama KUDRAT 1968: High Council yang bakal ditayangkan pada 11 September kelak menerusi siri premium Astro Originals dengan empat episod sebelum filem berada di pawagam di seluruh Malaysia tahun ini.
Selain Zarif, bintang lain yang turut terlibat dalam naskhah arahan Zulaikha Zakaria itu ialah Mierul Aiman, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes dan Akmal Asyraf.
KUDRAT 1968: High Council merupakan prekuel kepada universe High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council. – KOSMO! ONLINE

21 hours ago
12















![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)































![[VIDEO] Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kulai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-08-at-6.34.46-PM.jpeg)