Tiada kelibat Aishwarya di Cannes, peminat kecoh

16 hours ago 9
AISHWARYA digelar ‘Ratu Cannes’ kerana sudah sinonim dengan Festival Filem Cannes sejak 2002.
  • Oleh HELMI ANUAR
  • 23 Mei 2026, 11:10 am

PEMINAT aktres tersohor Bollywood, Aishwarya Rai kecoh selepas tidak melihat kelibat jelitawan itu di Festival Filem Cannes yang sudah berlangsung sejak minggu lalu.

Malah ketika jenama kosmetik L’Oreal Paris membentangkan poster gergasi duta global mereka, wajah Aishwarya tidak kelihatan.

Hanya poster Alia Bhatt yang dipamerkan jenama kosmetik terkenal itu yang merupakan penaja festival filem tersebut.

Disebabkan itu peminat mulai panik dan membuat spekulasi heroin filem Devdas itu tidak akan membuat kemunculan di Cannes pada tahun ini.

Aishwarya sudah sinonim dengan acara itu sejak 2002 sehingga mendapat julukan ‘Ratu Cannes’.

Namun, khabar angin bertiup kencang isteri kepada Abhishek Bachchan itu akan membuat kemunculan istimewa di penghujung festival.

Read Entire Article
Pertanian | | | |