KLUANG – Seorang pelajar sebuah kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak yang baru dilahirkannya, bulan lalu.
Tertuduh, Nurshazwen Mohd Idris, 19, yang dibawa ke mahkamah pada pukul 8.45 pagi mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nurasidah A. Rahman.
Tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Remaja itu dituduh telah menyebabkan kematian keatas seorang bayi perempuan yang baru lahir sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, di sini kira-kira pukul 10 pagi, 29 Julai lalu.
Untuk kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun jika tidak dihukum mati serta hendaklah dihukum dengan sebat tidak kurang 12 kali.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Noratini Nik Azman kemudiannya tidak menawarkan ikat jamin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.
Terdahulu, pada 30 Julai lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad dalam dilaporkan berkata, penemuan mayat bayi perempuan itu terbongkar selepas wanita berusia 19 tahun itu dibawa ke Hospital Eche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) selepas melahirkan bayi tersebut.
Jelasnya, siasatan bermula selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima laporan pada kira-kira pukul 1 petang mengenai seorang pelajar wanita yang dimasukkan ke hospital kerana dipercayai baru melahirkan anak.
“Siasatan lanjut di rumah sewa yang didiami pelajar terbabit membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dunia.
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada badan bayi tersebut, punca sebenar kematian masih dalam siasatan,”katanya. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
11


![[VIDEO] Siapa kata Klang panas semalam, hari ini sudah ribut](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-08-at-2.41.15-PM.jpeg)













































