RCI TH: Empat hari rakam keterangan bekas CFO, selesai

3 hours ago 1
Gambar hiasan.
  • Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
  • 7 Ogos 2026, 8:54 pm

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merakam percakapan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman berkata, sesi rakaman percakapan itu memasuki hari keempat dan terakhir hari ini selepas bermula pada Selasa lalu.

Menurutnya, sesi rakaman percakapan pada hari terakhir bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 6.30 petang.

“Hari ini adalah hari keempat dan terakhir SPRM merakam percakapan bekas pegawai kanan tersebut.

“Sesi rakaman percakapan beliau untuk hari keempat ini telah bermula pukul 9 pagi tadi dan berakhir pada pukul 6.30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 29 Julai lalu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji mengeluarkan laporan setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap pengurusan dan operasi institusi berkenaan bagi tempoh 2014 hingga 2020. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |