PETALING JAYA – Seorang pemuda berusia 20 tahun yang berasal dari Johor Bahru melalui detik hitam apabila diperdaya tawaran kerja lumayan sebelum dipaksa menjadi scammer di Kemboja sejak April yang lalu.
Setiausaha Agung Malaysia International Humaitarian Organisastion (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pemuda tersebut dipengaruhi oleh rakan sekolahnya dan direkrut bekerja oleh seorang individu yang dikenali sebagai ‘Mr. Mj yang berasal dari Kemboja.
“Tanpa menyedari helah sindiket, mangsa bersetuju dan memaklumkan ahli keluarganya akan bekerja di luar negara dengan gaji yang lumayan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Ibu mangsa yang dikenali sebagai Ayu, 40, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Johor Jaya, Ipoh Daerah Seri Alam, Johor baru-baru ini.
Menurutnya, anaknya, Najid Yahya menaiki bas dari Stesen Bas Larkin bagi menaiki bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk bekerja di Singapura.
Namun, anaknya mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah tiba di Kemboja untuk bekerja di sana.
“Dia minta saya cari cara untuk bawa dia balik tetapi dia tak benarkan saya tanya banyak soalan. Kalau tak nanti dia akan kena. .
“Kalau tak cecah sasaran yang mereka nak, anak saya kena ketuk ketampi dan tekan tubi sebanyak 100 kali,” ujarnya.
Tambahnya, seorang rakan anaknya yang dikenali sebagai ‘Along’ memaklumkan bahawa anaknya telah ditipu oleh ejen pekerjaan dan kini bekerja sebagai scammer di Kemboja.
“Anak saya masih boleh dihubungi tapi sekejap sahaja. Sebelum ini dua jam dia dapat pegang telefon, sekarang hanya 15 ke 30 minit sahaja,” jelasnya.
Dalam usaha menyelamatkan anak lelakinya, ibu mangsa bertindak mendapatkan bantuan daripada Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO).
Sementara itu, Hishamuddin juga berkata mereka akan bekerjasama dengan Ketua Misi Menyelamat, Azirul Syafiq untuk menghubungi pihak kedutaan Malaysia bagi meminta bantuan menyelamatkan mangsa.
“Pihak Kedutaan Malaysia sangat responsif dan sentiasa memberikan kerjasama dalam memudahkan urusan menyelamat serta membawa pulang mangsa-mangsa ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

7 hours ago
38








![[VIDEO] Jeti Pangkor sesak, ‘berkicap’ tunggu feri nak balik](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-02-at-2.56.05-PM-e1780384202682.jpeg)


![[VIDEO] ‘6 jam selesai imigresen, taubat tak nak masuk Thailand cuti umum’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-02-at-1.02.23-PM.jpeg)





























