Gempa bumi sederhana 5.5 magnitud landa Halmahera

19 hours ago 9
Gambar hiasan
  • Oleh KOSMO!
  • 1 September 2026, 5:36 pm

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 berlaku di Halmahera, Indonesia pada pukul 4.22 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gempa itu berpusat pada koordinat 0.2 darjah Utara dan 128.8 darjah Timur, kira-kira 171 kilometer (km) timur dari Tidore, Indonesia.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 78 km.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

Read Entire Article
Pertanian | | | |