Nama tak cukup gah, Alia Bhatt bayar paparazi?

16 hours ago 9
ALIA Bhat didakwa mengupah paparazi demi memanaskan kemunculannya di karpet merah Festival Filem Antarabangsa Cannes 2026.
  • Oleh HELMI ANUAR
  • 23 Mei 2026, 11:00 am

PELAKON jelita Alia Bhatt didakwa membayar beberapa orang paparazi ketika menghadiri Festival Filem Cannes baru-baru ini untuk berebut-rebut merakam gambarnya.

Spekulasi tersebut tercetus selepas awalnya dia dilihat kurang mendapat sambutan sekumpulan jurufoto ketika melalui karpet merah pada hari pertama muncul di acara itu.

Namun pada hari berikutnya, namanya diseru beberapa jurufoto sehingga dia didakwa membayar mereka.

Nama Alia dikatakan belum cukup besar dan tidak setaraf dengan Aishwarya Rai yang sememangnya terkenal sebagai ‘ratu’ Festival Filem Cannes.

Setiap kali Aishwarya melangkah ke acara berkenaan, jurufoto akan menjerit-menjerit memanggil namanya untuk mendapatkan gambar terbaik.

Read Entire Article
Pertanian | | | |