[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara

22 hours ago 11

PETALING JAYA – Seekor kucing bernama Oyen yang menjadi ‘penghuni paling popular’ di Zoo Negara, didapati masih setia tinggal bersama sekumpulan capybara.

Kehadiran kucing berbulu oren itu bersama capybara bukan lagi sesuatu yang asing, malah hubungan unik antara dua spesies berbeza berkenaan sering menjadi perhatian pengunjung.

Menerusi perkongsian Zoo Negara di media sosial, kelibat Oyen masih dinanti-nantikan walaupun terdapat banyak spesis haiwan lain yang dipamerkan di zoo berkenaan.

“Ada pergi hari tu masa hari jadi tapi tak nampak Oyen,” komen @Naokipunya.

“Lamanya tak datang Zoo Negara. Rindu nak tengok capybara dan Oyen,” luah @Sarahbelle.

“Kita kena belajar daripada Oyen dan capybara yang menerima serta meraikan perbezaan,” ujar @Redridinghood12.

“Oyen tu sedar tak dia kucing, atau ingat dia tu capybara,” seloroh @Hus2024.

Terdahulu pada Jun 2023, Kosmo! Online mendedahkan seekor kucing yang digelar ‘Oyen’, secara rasminya diberi ‘penempatan tetap’ bersama capybara di Zoo Negara.

Malah, pihak Zoo Negara menerusi TikToknya dilihat turut menambah papan tanda ‘Oyen’, menandakan kawasan tersebut turut didiami oleh kucing tersebut.

Pemerhatian Kosmo! di media sosial juga mendapati, kucing tersebut mula ‘menyertai’ kumpulan capybara itu sejak tahun 2020 lalu, malah pernah dilihat turut memakan sayur bersama haiwan tersebut.

“Nampak tua dah Oyen. Masa saya pergi Zoo Negara tahun 2020 nampak muka budak-budak lagi tengah kunyah sayur dengan capybara tu,” kata seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

@znmzoonegara May we all find someone who feels like home. Someone who gives us love, comfort, and warmth. And may we become that safe place for someone else too. If these beautiful creatures can see beyond differences, why can’t we?🤍🌿 #love #animals #zoonegara #fyp ♬ original sound – Zoo Negara Malaysia
Read Entire Article
Pertanian | | | |