Kes tikam pelajar di sekolah: Ibu akan terus cari keadilan

8 hours ago 6

SHAH ALAM – “Maaf anakku, kita akan terus mencari keadilan untuk kamu”

Itu luahan dan tekad Wong Lee Ping menerusi hantaran di akaun Facebook selepas mendengar keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mensabitkan seorang pelajar lelaki daripada pertuduhan membunuh anaknya, Yap Shing Xuen.

Bagi ibu tunggal itu, keputusan berkenaan tidak memadamkan luka kehilangan anak perempuan yang menjadi harta paling berharga dalam hidupnya.

Bagi Lee Ping, kehilangan itu bukan sekadar meragut nyawa seorang anak, malah memusnahkan sebahagian daripada kehidupannya sebagai seorang ibu yang membesarkan anak seorang diri.

Katanya, perkahwinannya dengan suami berakhir tidak lama selepas Shing Xuen dilahirkan, menyebabkan dia terpaksa membesarkan anaknya tanpa pasangan.

“Ketika itu saya rasa kosong dan tidak berdaya, tak tahu bagaimana seorang wanita akan menanggung keluarganya sendirian.

“14 Oktober 2025 (pula), merupakan detik paling gelap dan paling sukar untuk diterima dalam hidup saya. Pada hari itu saya menerima berita kematian anak saya. Seorang anak yang penyayang, prihatin dan rajin, kenapa terlalu kejam dia?” ujarnya.

Lee Ping berkata, jika diberi peluang sekali lagi, dia mahu memeluk Shing Xuen dengan erat serta memberikan segala-galanya kepada anaknya tanpa sedikit pun rasa kesal.

“Menjadi ibu kepadanya adalah detik paling indah dan membanggakan dalam hidup. Walaupun kini sudah tiada, dia adalah harta paling berharga yang pernah dimiliki,” katanya.

Sementara itu, peguam pemerhati keluarga mangsa, Nur Izni Syazwani Ahmad berkata, pihaknya akan berhubung dengan Timbalan Pendakwa Raya bagi mengenal pasti tindakan susulan selepas keputusan mahkamah itu.

Sementara itu, peguam pemerhati yang mewakili keluarga mangsa, Nur Izni Syazwani Ahmad berkata, pihaknya akan berhubung dengan Timbalan Pendakwa Raya bagi mengenal pasti tindakan susulan selepas keputusan mahkamah tersebut.

“Sebagai peguam pemerhati, kami tidak dapat membuat sebarang permohonan kepada mahkamah. Sebaliknya, boleh memohon kepada Timbalan Pendakwa Raya supaya dapat mengemukakan representasi bagi menyampaikan hasrat keluarga,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan perbuatan kejam remaja lelaki menikam mati seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di tandas sekolah dengan 180 kesan tikaman tahun lalu tidak membawa kepada sabitan membunuh selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati tertuduh tidak waras ketika kejadian.

Sebaliknya, remaja berusia 15 tahun itu diarahkan menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak berkuat kuasa hari ini sehingga mendapat pengampunan daripada Sultan Selangor. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |