BACHOK – Pempengaruh media sosial dan masyarakat diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri terhadap etnik Rohingya di kawasan tertentu sebagai langkah untuk tidak memecah keamanan negara.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, semua pihak diingatkan agar tidak membuat undang-undang atau sendiri kerana pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sudah ada untuk menjalankan penguatkuasaan mengikut sistem perundangan.
Katanya, masyarakat yang mempunyai kekeliruan atau kejadian melibatkan etnik Rohingya perlu melaporkan kepada pihak berkuasa.
“Jangan buat undang-undang di tangan sendiri dan biar pihak berkuasa yang menangani isu-isu ini. Banyak provokasi atau mesej yang negatif berkaitan Rohingya di media sosial ketika ini dan kita tidak mahu keadaan itu memecah keamanan.
“Kita ada undang-undang dan peraturan. Akan ada impak dan implikasi yang selalunya negatif jika semua orang mengambil tindakan sendiri kerana perbuatan itu akan dipengaruhi emosi,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa/Siswi Universiti Awam Ke-22 2026 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini hari ini.
Noor Hisam memberitahu, tindakan diambil oleh orang perseorangan seperti pempengaruh itu dikhuatiri melampaui batas dan tidak mengikut undang-undang.
Menurutnya, justeru, segala maklumat perlu disalurkan kepada pihak polis dan imigresen untuk diambil tindakan segera.
“Kita tidak tahu niat pempengaruh atau orang perseorangan itu yang menularkan mengenai etnik Rohingya. Adakah mereka ingin menarik atau menyuruh orang ramai terlibat.
“Jadi, lebih baik laporkan kepada polis supaya tindakan susulan dapat diambil mengikut peraturan dan undang-undang sama ada di bawah Akta Imigresen atau pelbagai akta lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

12 hours ago
10










![[VIDEO] ‘Sampai karpet kena tukar, bau tidak tahu macam mana’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/b7bf61f8-05e6-4d75-bd48-132f75d6f8d1.jpeg)

































![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)




