Arsenal berisiko terlepas tiket UCL

6 hours ago 2

LIVERPOOL – Arsenal berdepan risiko terlepas kedudukan sebagai naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat seri 2-2 ketika menentang Liverpool di Anfield kelmarin.

The Gunners juga berisiko terkeluar daripada kelompok lima teratas sekali gus gagal ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) jika tewas baki dua perlawanan musim ini menentang Newcastle United dan Southampton.

Sebagai rekod, Arsenal kini mengumpul 68 mata, dibezakan dua mata oleh Newcastle di kedudukan ketiga sementara tiga mata dengan Manchester City (No. 4), lima mata Chelsea serta Aston Villa di tempat kelima dan keenam.

Meskipun bangkit daripada ketinggalan 0-2, namun pengurus The Gunners, Mikel Arteta tetap menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap aksi ditampilkan barisan pemain, terutamanya di separuh pertama.

Beliau berkata, corak permainan barisan pemainnya pada 20 minit pertama berada di bahawa standard sebenar sehingga membolehkan Liverpool mendahului 2-0 menerusi Cody Gakpo dan Luis Diaz.

“Apa yang kami lakukan di separuh masa pertama, terutamanya dalam 20 minit langsung tidak boleh diterima. Bagi saya, ia masih jauh dengan standard yang dipamerkan Arsenal sepanjang musim ini.

“Memang benar kami tunjukkan reaksi dengan melakukan kebangkitan bagi menyamakan kedudukan tetapi kami juga banyak buat kesilapan dari segi bertahan sehingga Liverpool mudah mendapatkan bola,” katanya.

Arsenal bagaimanapun menampilkan aksi jauh lebih baik di separuh masa kedua menerusi peluang-peluang yang dihasilkan sebelum berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Gabriel Martinelli dan Mikel Merino.

“Saya bencikan pemain yang hanya tahu menunjukkan reaksi tanpa tindakan. Saya mahukan pemain yang ada usaha untuk mendapatkan sesuatu, bukan sekadar bercakap dan mereka lakukannya hari ini (kelmarin),” ujar Arteta. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |