[VIDEO] Beratur panjang nak masuk Masjidil Haram

5 hours ago 1

PETALING JAYA – Suasana luar biasa berlaku di pekarangan Kota Mekah apabila ribuan jemaah haji dilihat beratur panjang sebelum dibenarkan memasuki Masjidil Haram menjelang waktu solat maghrib, semalam.

Menerusi satu perkongsian di TikTok milik @Yasin.yunaris, barisan panjang jemaah haji yang ingin memasuki Masjidil Haram disebabkan kawalan ketat pihak berkuasa Arab Saudi.

“Hanya jemaah yang ada kad Nusuk dan visa haji sahaja yang dibenarkan masuk. Selain daripada itu, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid,” katanya dalam video tersebut.

Kad Nusuk mengandungi maklumat lengkap berkaitan dengan jemaah haji sama ada nombor pasport, nombor visa dan juga mempunyai kod QR, di mana pihak berkuasa Arab Saudi akan mengimbas kod QR ini untuk mengesahkan visa yang ada pada jemaah haji adalah sah.

Katanya, ini merupakan kali pertama dalam hidupnya menyaksikan barisan sepanjang itu bagi memasuki Masjidil Haram.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna bersetuju dengan kawalan ketat yang dilakukan pihak berkuasa Arab Saudi demi menjaga kelancaran ibadah jemaah haji yang sah.

“Lagi ketat dari tahun lepas, tahun lepas pun rasa dah ketat,” komen @Rohayza.

“Kepada jemaah haji tahun ini, pastikan anda pakai kad Nusuk di leher dan jangan bagi orang luar pegang. Tengok sahaja kad Nusuk anda, macam-macam boleh berlaku. Sebab dengan kad itu saja anda diiktiraf sebagai jemaah haji tahun ini. Semoga mendapat haji mabrur, amin,” ujar @Melor. – KOSMO! ONLINE

@yasin.yunaris Keadaan terkini masjidil Haram #haji #tipshaji ♬ original sound – Bukan Ustaz
Read Entire Article
Pertanian | | | |