‘Yang mengata Feminin, cermin diri dulu elok ke tidak’

5 hours ago 2

PETALING JAYA – Niat sekadar mengubat rindu peminat setia, namun kemunculan semula kumpulan wanita ikonik, Feminin, dalam Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil baru-baru ini dicemari tohmahan biadab segelintir netizen yang menghina perubahan fizikal mereka.

Antara paling teruk menjadi sasaran ialah vokalis utama, As, apabila penampilan terkininya dipersendakan netizen yang dikatakan jauh berbeza ketika zaman kemuncak Feminin sekitar era 1990-an.

“Feminin ke cinta kolesterol ni?” tulis seorang netizen dengan nada sinis.

Tindakan menjijikkan itu bukan sahaja mengguris perasaan peminat, malah mengundang kemarahan pencinta muzik tanah air yang membesar bersama lagu Untukmu, Kembali dan Rindu.

“Anda ingat kelakar hina fizikal perempuan? Badan wanita memang akan berubah, mahu atau tidak. Satu hari nanti, kau juga akan rasa benda yang sama.

“Bagi kami generasi milenial, cukup bahagia dapat tengok Feminin naik pentas semula walaupun tak lengkap barisan.

Itu pun dah lebih daripada cukup. Kau dengan body shaming kau itu, boleh pergi meninggal,” komen seorang peminat lantang.

Nada serupa turut dikongsi pemuja setia yang mengikuti Feminin sejak awal penubuhan mereka.

“Berhenti hina Kak As aku eh! Aku marah ni. Feminin kesayangan aku sejak 1993 lagi. Kau yang mengata tu, cermin diri sendiri dulu, elok ke tidak? Biadab betul!” tegasnya.

Ada juga peminat menyelar tindakan tidak bertanggungjawab golongan tertentu yang sanggup menjatuhkan semangat artis legenda demi populariti murahan.

“Konon bijak sangat kutuk fizikal Feminin masa persembahan GenKRU malam tu. Sungguh menyedihkan. Betapa sempitnya fikiran bila sanggup hina kumpulan lagenda hanya untuk kutip tanda suka,” katanya kecewa.

Feminin tampil dengan formasi tiga ahli iaitu As, Nora dan Watie berjaya memukau ribuan penonton menerusi persembahan bertenaga lagu Untukmu.

Walau dicemuh segelintir pihak, kehadiran mereka pada malam tersebut tetap disambut meriah peminat hingga mencetus desakan agar mana-mana penganjur tampil menganjurkan konsert khas sebagai penghargaan terhadap legasi mereka.

Selain Feminin, malam terakhir Konsert GenKRU turut menampilkan kemunculan istimewa Datuk AC Mizal mewakili 4U2C, kumpulan Elite, penyanyi Adam AF dan pelawak Abon. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |