GUA MUSANG – Puluhan buah kenderaan termasuk bas ekspres terkandas selepas sebuah treler yang membawa muatan baja kelapa sawit terbalik merentang jalan di Kilometer 67, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Sungai Lakit di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, treler yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, treler jenis Volvo yang dipandu oleh lelaki berusia 44 tahun sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang.
Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.
“Nahas itu hanya melibatkan kerosakan bahagian belakang sebelah kiri treler dan tiada kecederaan dilaporkan terhadap pemandu kenderaan tersebut,” katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial kemalangan yang berlaku sehingga menyebabkan deretam bas dari Kota Bharu ke Lembah Klang terkandas di lokasi kejadian.- KOSMO! ONLINE
@drshahrul Semua bas express ke Kota Bharu dari Lembah Klang terkandas. #fyp #fypシ゚ #bas #accident #guamusangkelantan ♬ Balik Raya Kelate – Fadil Turbo & Ezeri Layang Puteh