[VIDEO] ‘Tidak sangka balik mall saya juara makan tembikai’

2 hours ago 2

PETALING JAYA – ‘Datang sebab isteri suruh, pulang pula sebagai juara makan tembikai’.

Itu reaksi Amirul Amzar, 33, apabila isterinya secara diam-diam mendaftarkan namanya untuk menyertai pertandingan makan tembikai di Aeon Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Menerusi video tular yang dikongsikan Amirul di TikTok, Amirul kelihatan terpinga-pinga apabila dihidangkan dengan sebiji tembikai setibanya di lokasi selepas menerima panggilan telefon dari isterinya.

“Saya masa tu tengah berada di Popular Bookstore, tiba-tiba isteri call suruh turun. Sampai di sana, pengacara terus sebut nama saya. Terpinga-pinga saya masuk pertandingan makan tembikai,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Turut dikongsi, Amirul hanya menurut dan duduk selepas dihidangkan tembikai.

Namun, tanpa disangka Amirul turut dinobatkan sebagai juara selepas berjaya menghabiskan tembikai meskipun tanpa sebarang persediaan.

“Dia ada limit masa, habis saja saya terus pergi dekat isteri dan dengan yakin cakap yang saya akan menang,” ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi yang mencuit hati pengguna media sosial.

“Isteri target (sasar) hamper tu tapi dia korbankan kau bang,” komen Dandelion.

“Takde angin takde ribut, tiba-tiba diheret masuk pertandingan makan tembikai,” kata Muhammad Syafiq.

“Betul apa ustaz kata, tak ada orang betul-betul kenal kita melainkan pasangan sendiri. Bini abang saja yang tau bakat terpendam abang,” komen @fatehah.minhad – KOSMO! ONLINE

@amzarmalekTerpinga aku bila isteri senyap2 register utk Pertandingan Makan tembikai Aeon Jusco Alma. 🤣

♬ original sound – Amirul.Amzar

Read Entire Article
Pertanian | | | |