[VIDEO] ‘Tiba-tiba keluar asap tebal’

4 hours ago 3

PETALING JAYA – Sebuah lori kayu yang tiba-tiba mengeluarkan asap putih berkepul-kepul ketika dipandu di sekitar Kota Bharu, Kelantan mencuri perhatian orang ramai di media sosial.

Video tersebut dikongsikan oleh pengguna Facebook, Yu Kh, yang memuat naik rakaman kamera litar tertutup memaparkan lori berkenaan berhenti di bahu jalan akibat asap yang tebal sehingga menghalang pandangan dan laluan kenderaan lain.

“Entah kenapa lori kayu tiba-tiba mengeluarkan asap putih berkepul-kepul di tengah jalan tapi bukan terbakar,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Namun, lori kayu tersebut dilihat kembali normal seperti sedia kali selepas beberapa minit.

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai menjelaskan bahawa kejadian tersebut berkemungkinan berpunca daripada masalah diesel runaway, iaitu keadaan enjin diesel beroperasi tanpa kawalan pada kadar kelajuan tinggi.

“Masalah ‘diesel runaway’, lori memang selalu jadi begini. Ada cara dia nak kembalikan baik semula. Geng lori mesti tahu ini,” kata Chq Irwan WM.

“Ini kita kata ‘diesel runaway’. Sesekali pergi letakkan minyak RON97 dalam tangki minyak tak sampai RM10 pun. Selepas itu isi bagi penuh untuk melancarkan laluan diesel,” komen Fizie Aisy.

Dalam pada itu, orang ramai turut berkongsi pengalaman mereka menghadapi situasi yang sama dengan pemandu lori dalam klip tular tersebut.

“Abah saya bawa lori, lima kali jadi macam ini, enjin hidup walaupun cabut buang kunci dia akan mati sendiri apabila asap itu habis. Mula jadi, abah saya takut dan dia jauhkan diri daripada lori, tapi selepas itu dia sudah okay semula siap jaga jalan lagi,” ujar Hana Ariffin.

“Benda ini pun pernah terjadi pada saya, time (waktu) itu saya bawa lori diesel dan dia keluar asap tebal tetapi nasib baik tidak ada apa-apa yang jadi,” balas Amri Mohamed. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |