[VIDEO] ‘Sesuailah itu, kau tuduh aku, aku tuduh kau’

5 hours ago 2

PETALING JAYA – Aksi pergelutan melibatkan sekumpulan penunggang basikal dan seorang pemandu bas di Jalan Bestari Jaya, Kuala Selangor selepas didakwa berpunca daripada insiden penunggang basikal yang menunggang melebihi garisan jalan tular di media sosial.

Video yang dimuat naik di TikTok oleh @Slmanfrish, memaparkan situasi tegang apabila kedua-dua pihak bergaduh mulut di bahu jalan dengan dakwaan bahawa pemandu bas bertindak agresif terhadap kumpulan penunggang tersebut.

Katanya, insiden bermula apabila kumpulan mereka sedang menunggang di lorong kiri sebelum sebuah bas menghampiri mereka secara berbahaya.

“Kami menunggang basikal di laluan sebelah kiri sebelum datang seorang pemandu bas yang memandu secara berbahaya menghampiri kami.

“Selepas itu, bas tersebut tiba dan menghimpit kami yang berada di sebelah kiri walaupun laluan di sebelah kanan secara jelas terlihat kosong menyebabkan ia hampir sahaja mencederakan salah seorang penunggang,” katanya menerusi klip tersebut.

Dia turut mendakwa selepas menghimpit kumpulan berkenaan, pemandu bas terbabit dikatakan berhenti di tepi jalan dan keluar dari kenderaan sebelum cuba menendang salah seorang daripada mereka.

“Dia berhenti, keluar dan cuba menendang salah seorang daripada kami,” katanya lagi.

Insiden itu menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua pihak sebelum keadaan berjaya dileraikan oleh pihak berkuasa yang kebetulan berada berdekatan.

“Selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, barulah dia berhenti mengamuk dan cuba menenangkan keadaan,” katanya.

Menerusi video yang sama, penunggang basikal turut dilihat memprovokasi dan menyerang pemandu bas secara beramai-ramai sehingga mencetuskan suasana yang lebih tegang.

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai berpihak kepada pemandu bas dan menyalahkan kumpulan penunggang basikal tersebut kerana didakwa menggunakan laluan yang tidak sesuai untuk aktiviti berbasikal.

“Dalam video sebelum bergaduh nampak bukti bang. sah sah korang banyak makan jalan dan belah kanan ada kenderaan lain untuk bas itu masuk ke ‘lane’ (laluan) kanan,” komen Fit.

“Sempat lagi rasanya nak padam video ini dan minta maaf sebab memang nampak sangat salah korang. Sudah makan sikit jalan itu, takkan pemandu bas itu nak bahayakan nyawa dia dan penumpang-penumpang elak dan pandu ke kanan sikit lagi semata-mata nak elak korang?” ujar Kkkino.

“Kau yang pergi berbasikal dekat tempat yang tidak betul lepastu kau yang nak marah, kesian abang bas itu,” balas Nur. -KOSMO! ONLINE

@spaceramenn Replying to @a:xxa ♬ original sound – slmanfrish
Read Entire Article
Pertanian | | | |